ORIENTEERING
PENGENALAN
Orienteering ialah satu cabang
pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke
tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara
koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah
dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan
berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas
peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering
bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan
antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta
karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan
pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko
tersendiri.
Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh
menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini
memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya
bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang
lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat
pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk
arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke
kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan
angin.
Sejarah permulaan
Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19.
Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan
yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar
sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi
beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah
seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan
aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang
mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang
tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapatberjalan
dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek
yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan
teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas
permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun
bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspek
kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan.
Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti
orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang
itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif
atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai kejayaan. Selain penggunaan
skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10
negara. Antara-antara Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF
adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC),
Junior World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering
Championships (APOC), World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun
keatas. Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish
Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.
Perkembangan di Malaysia
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan
Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun
1983. Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun
1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil.
Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia
(MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan
IOF dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia
(MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor,
Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau
Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.
JENIS-JENIS ORIENTEERING
1.
Orienteering Merentas Desa
(Cross Country Orienteering)
Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis ini – orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.
Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis ini – orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.
2.
Orienteering Bermarkah (Score
orienteering)
Di dalam
acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di
mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak
dan kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas untuk memilih mana-mana titik
kawalan untuk dilawati. Walau bagai mana pun masa adalah dihadkan dan biasanya
60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan dikenakan
penelti dan bentuk penelti bergantung kepada penganjur.
Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai mana pun acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai mana pun acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
3.
Orienteering Jalan raya (Street
orienteering)
Walau pun
dikenali sebagai orienteering jalanraya tetapi ianya tidaklah dilakukan di
jalan raya yang sibuk. Acara ini dijalankan dikawasan perumahan. Penanda
kawalan biasanya tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatit butiran atau
maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan
sebagainya.
4.
Orienteering Bukit (Mountain
orienteering)
Orienteering
ini dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh.
Terdapat juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam
keadaan ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam. Format ini
memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi
memandangkan landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan
daya keyakinan yang mantap.
5.
Orienteering Malam (Night
orienteering)
Orienteering
malam dijalankan dikawasan terbuka seperti di taman-taman dengan jarak landasan
yang pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu
membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.
6.
Orienteering Berganti-Ganti
(Relay orienteering)
Acara ini
dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli
dalam pasukan akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan
sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di
dalam sesuatu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
7.
Norwegian Event
Acara ini adalah satu acara yang digunakan
bagi menyediakan satu landasan yang panjang di dalam kawasan yang kecil ataupun
di kawasan yang sempit. Tidak seperti acara lain, peserta bagi acara ini akan
hanya diberi menyalin kedudukan titk permulaan dan titik kawalan pertama sahaja
terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin
kedudukan titk kawalan yang kedua pula dari satu peta yang tersedia di situ.
Proses ini akan terus dilakukan sehingga peserta tiba di titik penamat.
Kebaikan
sukan orienteering
·
Sukan untuk semua
·
Meningkatkan kecergasan fizikal
·
Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
·
Memberi cabaran & keseronokan
·
Membina sikap positif & keyakinan diri
·
Menggunakan persekitaran yang sihat
·
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
·
Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas
TERMINOLOGI
DAN ALATAN
Dalam aktiviti
orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi
menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti
berikut:
i. Titik kawalan
(Control point)
·
Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang
perlu dilawati oleh peserta.
·
Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan
manusia yang jelas.
·
Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga
dititik ini.
ii. Penanda kawalan
(Control marker)
·
Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
·
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda
dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan
10m).
·
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher)
yang unik.
·
Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan
sebagai No. Kod Kawalan.
iii. Kad kawalan (Control
card)
·
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.
·
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula
(start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik
kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat
untuk dicatatkan masa penamat.
iv. Peta utama (Master map)
·
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan
dengan keterangan kawalan.
·
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
v. Keterangan kawalan (Control description)
·
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control
description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik
kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
·
Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam
bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.
vi. Landasan (Course)
·
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik
kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis
diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
·
Tanda yang berkenaan landasan adalah
- Titik permulaan
ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan
tanda bulatan.
- Titik penamat dengan
tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan
diantara 2 titik kawalan
vii. Kompas (Compass)
·
Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
·
Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
PENGETAHUAN ASAS
Untuk
memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah
dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan
dengannya, iaitu:
dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan
dengannya, iaitu:
i. Teknik
membaca peta
ii. Teknik
membaca kompas
iii. Boleh
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
Teknik Membaca PetaTopo
Definasi peta
Peta
adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat
dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai
tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi
kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
Membaca
peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada
maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat
dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan
keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya,
hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti
orienteering ialah peta topographi.
Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam
aktiviti orienteering. Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta
panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta
orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak
ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam
peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta, Arah Utara Mempunyai skala –
samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta, garisan melaras utara-selatan,
Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya.
Warna-warna dalam peta
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard
IOF. Warna tersebut adalah :-
- Hitam
– ciri-ciri buatan manusia & batu
- Perang
–
kontor & jalanraya
- Kuning
–
keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
- Putih
– keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
- Hijau
– keadaan tumbuhan :berjalan/redah
- Biru
– kawasan berair
Bentuk muka bumi
Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud
paras ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang
perlu diketahui adalah :-
- Susuh bukit (spur) – sejalur
tanah yang menganjur keluar
- Ceruk (re-entrant) – berlawanan
dengan susuh bukit
- Permatang (ridge) – tanah
tinggi yang memanjang
- Pelana (saddle) – suatu
lekukan yang terletak diantara dua bukit
- Knol (tanah yang lebih
besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)
Maklumat Peta
Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada
dua iaitu:
- i. Maklumat
bingkai - iaitu maklumat yang
terdapat di luar dari gambar peta.
- ii. Maklumat gambar peta
– iaitu maklumat yang menerangkan gambaran sebenar keadaan muka bumi dan
kegunaan tanah.
Dalam
aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami
ialah penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu
kawasan sama ada berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai.
Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak kenaikan
antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50 kaki
atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak
dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian,
kontur juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur
rapat-rapat, ini berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan
kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam. Selalunya garis kontur
berbentuk “V” menunjukkan lurah dan “U” menunjukkan permatang. Arah “V”
selalunya menuju ke atas bukit.
Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta
dengan unit sukatan yang sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah
kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang
sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 :
50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan
jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan
dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.
Garisan Grid
Semua peta mempunyai garisan grid yang
membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis melintang dan membujur.
Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai
masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00
sementara yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita
menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan
grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka
utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).
Utara peta
Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta
adalah merupakan arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk
mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas
di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di
dalam peta tersebut.
Mengukur Jarak
Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur
dengan menggunakan kayu pembaris skil kompas dan mendarabkan jarak mendatar 200
m dari atas peta.
Kompas
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai
jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau
darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi
menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi.
Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah
dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas
yang selalu digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari
jenis silva adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti
orienteering.
Jenis kompas
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang
dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas
Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital. Kompas
orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb
compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih
mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan
Silva buatan Sweden.
Anatomi
kompas orienteering
Gambarajah Kompas Silva
PETUNJUK
- Skala dalam mm dan inci
- Kepingan tapa telus cahaya
- Utara dial
- Jarum magnetik Utara
- Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan
garisan pengarah.
- Anak panah arah perjalanan
- Kanta pembesar
- Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering)
- Anak panah
10. Dial
11. Lubang untuk ikat tali
Mengukur,
bearing di atas peta
Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik
kawalan yang lain yang ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa
peringkat contohnya di antara titik K dan titik L.
a) Letakkan kompas di atas garis
penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta. Jika garisan
penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu
daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L.
Pastikan anak panah mara menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing.
Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L. Oleh itu anak
panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.
b) Tanpa mengubah kedudukan
kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak panah kompas dan garisan
girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum utara
kompas hendaklah sama arah dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati
dari garisan indeks.
Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah
Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan
kompas orienteering adalah seperti berikut:
a) Hendaklah berdiri menghala ke
arah objek yang akan dicari bearingnya.
b) Kompas hendaklah diletakkan di
atas tapak tangan denqan kedudukan tapak tangan rata. Tentukan kedudukan anak
panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing. Selepas itu
pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara betul-betul
menghala kepada objek yang tuju.
c) Tanpa membuat apa-apa
perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga jarum kornpas bertindih
selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan
utara anak panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada
di garisan indeks.
Menentukan Kedudukan Peta dengan
menggunakan kompas
a) Peta diletakkan di atas
permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta tersebut di
mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid
timuran di peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari
dengan anak panah kompas. Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar
dengan bumi.
Panduan Lazim
Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan
kompas, terdapat cara lain yang boleh digunakan untuk menunjuk arah.
Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan
jelas. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:
a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di
barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-bayang. Jika kita dapat
mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak
kita tuju.
b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang
demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin dengan berpandukan bulan pada
waktu malam
c) Bintang
Bintang bergerak arah ke barat
d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada
terdapat perkampungan. Oleh yang demikian, jika kita menghilir sungai, kita
akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita menentukan semula
arah.
BERGERAK KE TEMPAT DITUJU
Perancangan Perjalanan
Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit
perancangan perlu dilakukan untuk memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah
dan selamat. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam perancangan
adalah seperti berikut:
a) Tentukan arah di atas peta
dengan jelas dan tepat.
b) Dalam apa keadaan, kita
hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui di hadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatit
apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh ditemui di sepanjang perjalan
sebagai rujukan.
d) Bagi kawasan tinggi dan
berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan perjalanan.
Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing
sungai curam di kawasan gunung. Ada baiknya mendaki dari kawasan A, mengikut
permatang dengan ini kawasan menurun yang curam dapat dielakkan. Di kawasan B,
boleh dijadikan tempat berhenti dan rehat diwaktu malam kerana ada air. Kawasan
baik sebagai tempat perlindungan. Perjalanan ke C, mengikut permatang sebelum
ke kawasan lurah. Ikut susuh bukit menuju sungai.
e) Bagi kawasan landai dan rata,
menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapun patut mengambil
perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.
Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan
merancang perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa
menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan
tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika
kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar,
tenangkan fikiran dan menyemak semula arah laluan.
Kaedah Pergerakan
Bergerak dalam kumpulan.
a) Hendaklah bergerak dengan
tertib dan formasi yang teratur.
b) Adakan perbineangan sebelum
perjalanan dibuat.
c) Hendaklah bergerak dalam
pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu malam gelap. Tiap pandangan
hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar
panggilannya.
d) Jika bergerak dalam kumpulan
yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk mencari jalan, rintis
dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk rehat.
e) Ketua kumpulan jangan bergerak
terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan semua telah melepasinya dan
mendapatkan rehat yang cukup.
f) Adalah lebih baik
melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini kurang memenatkan.
Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalam saku.
g) Kerapkali mengambil rehat dan
bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa galas, hendaklah sentiasa
dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.
Bergerak waktu malam
Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang
diketahui sangat membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas.
Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang dituju. Oleh yang
demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah perlu. Di samping
itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping melangkah
dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.
Bergerak dikawasan bukit dan gunung
Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik
bergerak di kawasan yang tinggi iaitu mengikut permatang. Perjalanan mengikut
sungai adalah memakan masa kerana ianya mungkin menempoh jeram, tebing tinggi
dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan
lereng curam, langkah hendaklah dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang
semasa menuruni lereng licin amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu
curam, bergerak mengikut arah zigzig adalah digalakkan untuk mengelakkan
berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang curam, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan,
dan gunakan tumit untuk mencari tapak.
Bergerak di dalam hutan
Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu
membuat rintis dan menebas tumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu
menebas tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya
pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh
membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang
dan Asam paya yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah
susuran.
Menyeberengi sungai
Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan
a) Kuala sungai selalunya luas
dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut. Cuba elakkan dari
menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak
dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.
c) Ulu sungai walaupun tidak
luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam dan berbatu-batu.
d) Jangan mengharung air jika
terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya ketegangan otot. Boleh
menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar
selepas sampai ke darat.
e) Gunakan kayu untuk mengukur
kedalaman dan kelajuan air.
f) Jika berseluar panjang
hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.
g) Hendaklah menyeberang
secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju hendaklah membelakarigkan
tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan memudahkan kita menyeberang.
Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan
Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil
adalah berbeza dari satu situasi yang lain. Bagi membantu kita merancang
perjalanan untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah
digunakan.
Keadaan muka bumi Kelajuan
tanah lapang ………………………………………….4 – 5 kmj
mendaki ……………………………………………….2 -2.5 kmj
meredah hutan rata………………………………….. 2.5 – 3.5 kmj
meredah hutang lereng ………………………………1 – 1.5 kmj
meredah lalang tebal …………………………………0.5 – 0.8 kmj
meredah resam tebal………………………………… 0.1 – 0.3 kmj
meredah hutan pava dalam………………………… 0.1 – 0.2 kmj
TINDAKAN APABILA SESAT JALAN
Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian
sesat jalan ialah apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa
yang sewajarnva. Dalam keadaan ini
Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:
a) Hentikan perjalanan dan
berehat dahulu. Jangan panik.
b) Teliti peta dan bandingkan
dengan perjalanan yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke belakang ke
titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapat memastikan di tempat
sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah
balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati sasaran, maka gunakan
deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas untuk
mengambil bearing ke arahnya.
e) Jika anda masih gagal, carilah
aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke sungai dan berjumpa
perkampungan.
Langkah pencegahan daripada sesat jalan
Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian
yang mengelakkan dari berlakunya sesat jalan.
a) Jangan
terburu-buru semasa bergerak.
b) Selalu
semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan muka bumi yang
ditempuhi.
c)
Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan
menandakan ciri-ciri muka bumi yang ditemui
d) Jika
mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah dihentikan
segera. Selepas semakan dan· pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat,
perjalanan bolehlah diteruskan.
Hi, is there someone I can contact to enquire about orienteering for secondary students? We are based in Penang. Thanks.
ReplyDeleteHi, is there someone I can contact to enquire about orienteering for secondary students? We are based in Penang. Thanks.
ReplyDelete