Friday, 7 June 2013

 asas Ikhtiar hidup

·         . PENGENALAN: Merupakan suatu keadaan genting dalam usaha untuk terus hidup.kesimpulannya, ikhtiar hidup merupakan suatu ikhtiar dalam proseskelangsungan hidup. Aspek-aspek ikhtiar hidup mestilah diketahui oleh para peminat aktiviti luar terutamanya yang melibatkan kawasan hutan, bukit, dan gunung.
·         . Prinsip-prinsip asas ikhtiar hidup.1) Kemahuan, 2)Mengatasi ketakutan .3)Undang-undang asas ikhtiar hidup,.4)Peralatan ikhtiar hidup
·          1)kemahuan:• Segala daya usaha untuk terus hidup. Ini termasuklah , kemahuan untuk mencari sumber minuman dan makanan melalui pemasangan jerat , perangkap dan sebagainya serta kemahuan mencari jalan keluar.
·          2)Mengatasi ketakutan • Menjadi lumrah dalam situasi ikhtiar hidup, seseorang itu akan mudah menjadi panik, cemas, dan takut. Ketakutan ini biasanya datang darikelemahan diri sendiri. Antara ketakutanini adalah seperti takut kepada ancaman liar, ketiadaan makanan dan minuman serta takut dengan benda yang tidakpernah ditemui contohnya hantu dan jin. Segala jenis ketakutan ini hanya akan mengganggumental dan emosi anda. Oleh itu, adalah menjadi prinsip asas di dalam ikhtiar hidup agar segala ketakutan ini cuba dihilangkan. Semasa dalam situasi ikhtiar hidup, kita mestilah mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ilmu pengetahuan mengenai hutan juga perlulah diambil tahu. Sekiranya terjumpa makhluk halus, hendaklah segera memohon perlindungan daripada Allah.

·          3)undang-undang asas • ada beberapa perkara yang perludititikberatkan. Antaranya, anda mesti mula menyediakan khemah atau khemah reka ganti sebelum waktu petang. Ini disebabkan oleh keadaan hutan yang mudah menjadi gelap walaupun pada pukul 5.00 petang. Kumpulkan seberapabayak kayu api untuk berdiang, menghalau nyamuk dan binatang buas. Tidur mestilah cukup unutk mendapatkan tenaga dan kekuatan yang kian merosot.
·          4)Peralatan ikhtiar hidup • Peralatan yang ringan, kecil serta mudah dibawa ke mana-mana. Lima jenis alat ikhtiar hidup yang paling asas ialah pisau, parang, mata pancing, tali pancing , sekotak mancis atau pemetik api dan sebungkus garam.• Beberapa jenis makanan yang boleh bertahan untuk 48 jam, ubat, tali, lampu suluh, getah lastik dan kompas.




TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
SECARA SEMULAJADI:
·         GUA-Banyak didapati di kawasanbukit dan gunung batu kapur.Jika menggunakan gua,lohong laluan angin ataupunstruktur batu-batan yang longgar boleh membahayakan keselamatan.







·          ANJUNG BATU • banyak terdapat di kawasan bukit batu kapur.Anjung batu terjadi apabila struktur batu yang lemahterhakis oleh angin selama beribu-ribu tahun. Anjungbatu terjadi lengkap dengan dinding dan bumbung.
·        



SECARA BUATAN
1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk
kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.






2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.




3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam khemah

TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN

Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN

Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.

2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.

3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.

a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.

4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-

a.rasa mual
b.sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang

5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

MENCARI SUMBER AIR
Skil ikhtiar hidup mendapatkan air dari sumber tumbuhan - akar kayu, pokok periuk kera dan pokok buloh adalah antara sumber bekalan air. Potong akar kayu dengan cara meruncing, jika anda bernasib anda akan mendapat titisan air. Pokok buloh sering menyimpan air hujan di dalam katam-katam nya. Ketok setiap katam untuk mengenal pasti katam yang mengandungi air. Katam yang mengandungi air hendaklah ditebuk, dibuat lubang kecik untuk mengeluarkan air didalam nya.. Pokok periuk kera tumbuh dengan meluas dipergunungan bentuknya secara semulajadi dapat mengumpul air hujan.. Sumber air diperolehi dari periuk kera agak memuaskan dalam keadaan darurat.



ISYARAT KESELAMATAN

Beberapa contoh dalam menyatakan isyarat ini iaitu:- 1. tulisan - menulis huruf S.O.S dalam saiz besar contoh diatas pasir atau di tepi pantai. 2. lampu picit - sesuai pada waktu malam - nyalakan lampu picit berturut-turut dengan tiga suluhan pendek, tiga suluhan panjang (lama) dan tiga suluhan pendek semula. 3. wisel - bunyi kedengaran pada jarak yang jauh. - teknik tiup seperti lampu picit, tiup wisel berturut-turut dengan tiga tiupan pendek, tiga tiupan panjang dan tiga tiupan pendek sekali mahupun isyarat dari asap.


.

No comments:

Post a Comment