Friday 7 June 2013

Dalam aktiviti berkayak ini banyak peralatan yang penting kita gunakan dan yang paling penting ialah kayak itu sendiri,paddle (pendayung), jaket keselamatan dan yang terakhir wisel.




-Bagaimana memilih kayak yang sesuai.
kayak yang kita pilih seharusnya bersesuaian dengan saiz badan kita dan jenis aktiviti yang hendak kita lakukan. Kayak arus deras selalunya pendek (2.86m - 3.7m). Berbentuk bulat dan mempunyai geladak depan dan belakang yang nipis bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan berpusing dengan cepat di arus deras. Kayak yang digunakan di laut pula lebih panjang (4.6m - 5.7m) dan mempunyai geladak yang lebih tinggi untuk memudahkannya bergerak lurus dan meredah ombak.

Kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Sebelum kita berkayak kita mesti tahu nama-nama di setiap bahagian badan kayak.
Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.

Stern (belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.

Deck (bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.

Toggles
toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.

Cockpit (ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.

Coaming
Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.

Seat (tempat duduk)
Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung. 

Footrest (tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan. 

Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.

Keel
jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang  timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.

Hatches (tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.

 ANATOMI PENDAYUNG ( PADDLE)
Sebagaimana kayak, pendayung (paddle) juga mempunyai anatominya sendiri yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakan dayungan. Bahagiannya ialah:


Blade (Bilah mata dayung)
blade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya.
Tip (pelindung mata dayung)
 Tip ailah kepingan LOGAM yang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tiada logam. Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.

Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)
ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung.

Neck (leher Pendayung)
bahagian pencantuman antara blade dan shaft.

Drip Ring (bulatan Getah)
bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Ia berfungsi untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memiliki
Drip Ring.
Front Of Blade (Permukaan Dayung)
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Back of Balde (Belakang Dayung)
bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.

 Bahan Buatan Pendayung
Biasanya bahan untuk membuat Pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ini kerana setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen penting iaitu PRESTASI dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.
Kebanyakannya pendayung ini diperbuat daripada
       kayu
       Playwood (kayu lapis)
       Fibreglass (gantian kaca)
       Carbon/kevlar
       plastic



Jaket keselamatan dan Buoyancy AID merupakan peralatan keselamatan yang paling penting ketika kita berada dalam air mahupun ketika kita membuat aktiviti air. Kita tidak seharusnya membuat AKTIVITI AIR tanpa menggunakan jaket keselamatan kerana ia mungkin akan mendatangkan RISIKO.

Perbezaan Jaket Keselamatan dan Buoyancy Aid.

Kedua-dua peralatan ini mempunyai FUNGSI yang sama. Namun, prestasi dan cara penggunaannya adalah berbeza. Para pendayung seharusnya mengetahui perbezaan ini bagi menentukan bahan apungan keselamatan yang paling ideal bagi setiap aktiviti.

Buoyancy Aid. 
ialah bahan bantuan APUNGAN. Ia berbentuk seperti VEST dan dilengkapi dengan tali pinggang. Bouyancy Aid diperbuat daripada sejenis GETAH kalis air yang lembut. ketika di air, ia akan membuatkan kita terapung secara menegak. Buoyancy Aid ini hanya boleh bertahan dalam jangka masa yang PENDEK.



Jaket Keselamatan
Jaket pula ialah bahan bantuan apungan yang disarungkan ke bahagian badan melalui kepala yang menggunakan bahan apungan LUARAN seperti UDARA ataupun gas. Ketika di air ia boleh mengapungkan kita dalam kedudukan 45 darjah menegak dalam jangka masa 72 jam.

1 comment: