Friday 7 June 2013

AHLI KUMPULAN REKREASI HSM225:

MUHAMMAD AMINUDDIN BIN ISMAIL (2011742539)
BADRUN MUZAFAR BIN HAMDAN (2011751109)
NABIL FIKRY BIN A.HAMID (2011513885)
MOHAMMAD HASIFF BIN RADZI (2011301475)

UNTUK PUAN FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN
SEJARAH TALI

Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan kesan semasa menggali makam lama Mesir. Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed Hasyim, 1983). Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak-joeddin, 1981).

Tali dan simpulan mempunyai lagenda yang tersendiri dan berlaku dari zaman ke zaman. Contohnya lagenda tali dan simpulan dihubung kait dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari Mekadonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan memberikan satu longgokan tali. Beliau disuruh mencari hujung tali tersebut. Setelah mencuba mencari hujung tali beberapa lama dan menggunakan berbagai-bagai ikhtiar, namun ia tidak berjaya. Akhirnya beliau tersangat marah dan hilang kesabaran, lalu beliau menghunus pedangnya dan memotong longgokan tali itu sehingga terdapat beberapa hujung tali. pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini.

Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik. Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah :
1) Aktiviti panjat-mamanjat
2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan.
3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang tinggi.
4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat.
5) Aktiviti memancing.





JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYA.

Jenis-jenis tali

a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah :

• tali gentian manila • tali sabut
• tali sas • tali kapas

b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah :

• tali nylon • tali hawser-laid
• tali karamental • tali poltster
• tali wayar • tali drilena


Penjagaan tali

Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila mempunyai mutu yang baik.Harga tali terutama jenis ini agak mahal. Tambahan pula rami yang digunakan untuk membuat tali mengalami berbagai-bagai masalah. Kita seharusnya menjaga dan menyimpan tali dengan sempurna. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala.
Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. kita tidak boleh membasuh tali.

Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai.

Biasanya tali mempunyai daya ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang digunakan mengikat diperbuat daripada rami manila. Tali jenis ini mempunyai lilitannya 5cm dan ketahanannya ialah 2.03tan. Tali-tali yang digunakan untuk menarik mempunyai ketahanan nya 2.72tan. Tali penarik biasanya diperbuat daripada terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar kemungkinan tali tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji salalu supaya selamat semasa menggunakannya.

DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN

Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan mematikan hujung tali (whipping)

Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Ikatan

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Sambat
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Meyambugkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.


Mematikan hujung tali
Seorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan. Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.










SIMPULAN DAN IKATAN


Lilit Pemati Biasa



Fungsi:
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.

Teknik
a) Letakkan tali kecil bertindih dengan tali yang satu lagi.
b) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua
c) Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.
d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan 
kemas.


Buku Sila


Fungsi
~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.
~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A dibawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah


Tindih Kasih



Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.


Bunga Geti



Fungsi :
~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.

Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.


Simpul Manuk



Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.

Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.


Simpul Pulih



Fungsi :
~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.
~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.

Teknik :
a) Mulakan simpul pulih.
b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.
c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.


Simpul Himpit

Fungsi :
~ Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz dan licin.
~ Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk mengail.

Teknik :
a) Mulakan simpul himpit.
b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.
c) Kemudian, tarik hujung tali.


Lilit Balak


Fungsi :
~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
~ Untuk memulakan ikatan serong.

Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.


Simpul Abah-abah

Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.
~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat.

Teknik :
a) Buat satu gelung seperti dalam rajah.
b) Tarik tali bahagian atas melalui gelung.
c) Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.
d) Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat


Lilit Pasdul

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga.
~ Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah.

Teknik :
a) Mulakan membuat satu gelung.
b) Ambil kayu sepanjang 60cm yang saiznya sebesar lengan kemudian masukkan seperti dalam rajah.
c) Lakukan simpul ini pada kedua-dua hujung kayu supaya seimbang kiri dan
kanan.


Lilit Tindih Kejap

Fungsi :
~ Digunakan untuk menambat tali yang kecil pada tali besar apabila ditarik songsang.
~ Juga digunakan untuk menarik tali besar.

Teknik :
a) Mulakan simpulan.
b) Kemudian, ulang simpulan dan tindih di atas simpulan sebelumnya.


Ikatan Pengail



Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
~ Ikatan ini kuat dan kukuh.
~ Sesui digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.

Teknik :
a) Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.
b) Lakukan 2 lingkaran tali.
c) Pada hujung tali itu boleh diikat.



Simpul Kerusi


Fungsi :
~ Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan ke atas.

Teknik :
a) Buatkan 2 gelung tali.
b) Kemuadian, tarik kedua-dua bahagian tali.
c) Ikatan seperti dalam rajah akan terbentuk.
d) Seterusnya, bentukkan satu gelung pada setiap hujung tali.
e) Tarik kedua-dua hujung tali untuk mengemaskan ikatan. Satu gelung yang lebih
kecil dibentuk untuk memasukkan bahu pesakit.


Simpul Simple Noose

Fungsi :
~ Membuat tanjul yang tidak boleh terjerut.
~ Sangat berguna dalam kerja- kerja menyelamat.
~ Boleh digunakan untuk menjerut leher binatang.
 
Teknik :
a) Buat satu gelung dan kemudian tarik bahagian tengahnya.
b) Seterusnya, kemaskan simpulan tersebut.


Ikat Serong



Fungsi :
~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering.

Teknik :
a) Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
b) Kemudian belitkan membujur dan melintang.
c) Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
d) Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.


Ikat Seraya

Fungsi :
~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.

Teknik :
a) Dimulakan dengan simpul manuk.
b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
c) Seterusnya dililit dicelah kayu.
d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.


Ikat Silang Gunting

Fungsi :
~ Digunakan untuk menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang bersilang.
~ Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang.
~ Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat.

Teknik :
a) Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk.
b) Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat.
c) Belitkan dicelah-celah dengan kuat.
d) Matikan dengan simpul manuk.


Ikat Silang Tungku

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz.

Teknik :
a) Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkan pada ketiga-tiga batang kayu berselang-selang.
b) Seterusnya masukkan di celah-celah batang kayu.
c) Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu
tengah.


Lilit Kacang

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gadjet.

Teknik :
a) Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.
b) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.


Ikat Jepun

Fungsi :
~ Kegunaannya sama dengan dengan ikat seraya.
~ Menyambung 2 jenis kayu.

Teknik :
a) Kelilingi kayu tengah dan 2 bahagian tali diambil ke atas kayu mendatar.
b) Lilit keliling kayu tegak ke bawah di bahagian hadapan kayu mendatar sebanyak 3 lilitan.
c) Asingkan kedua-dua hujung tali dan lilitkan pada arah bertentangan.
d) Akhirkan ikatan dengan mengikat kedua-dua hujung tali dengan simpul buku sila di antara kayu.


Sambat Balik

Fungsi :
~ Untuk mematikan hujung tali.

Teknik :
a) Pecahkan hujung tali.
b) Kemudian sambat balik bersilang-silang ke belakang. Masukkan setiap hujung urat tali berselang-selang di atas urat yang rapat dengannya dan dibawah lembar yang dihadapannya.
c) Lakukan menyembat balik sehingga 3 kali.

Lilit Dua Simpul

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.
~ Mengikat hujung tali khemah pada pancangnya.

Teknik :
a) Mulakan simpul seperti dalam rajah.
b) Kemudian lakukan 2 lengkungan.
c) Tarik bahagian B untuk mengemaskan simpul.


 Jenis dan Fungsi Teknik

1. Lilit Pemati Biasa
• Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.
A. Letakkan tali kecil seperti pada rajah
B. Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua seperti dalam rajah.
C. Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.
D. Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.

2. Buku Sila
• Menyambung 2 tali yang sama saiz.
• Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas. 
A. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
B. Masukkan hujung A dibawah B.
C. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah A.

3. Tindih Kasih
• Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
• Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. 

4. Bunga Geti
• Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
• Mengikat tali kesuatu tanjul. 
A. Mulakan simpul.
B. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
C. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

5. Simpul Manuk
• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
• Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. 

6. Simpul Pulih
• Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.
• Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. A. Mulakan simpul pulih.
B. Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.
C. Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.

7. Simpul Himpit
• Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz dan licin.
• Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk mengail. 
a) Mulakan simpul himpit.
b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.
c) Kemudian, tarik hujung tali.

8. Simpul Bunga Geti Ganda
• Dibuat supaya sambung yang dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah terburai. 
A. Mulakan simpulan ini seperti rajah (a) dan (b).
B. Kemudian masukkan silang kedua hujung tali B seperti pada rajah (a) dan (b).
C. Seterusnya tarik hujung tali untuk membentuk simpul seperti rajah (c) dan (d).

9. Lilit Balak
• Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
• Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
• Untuk memulakan ikatan serong. 
A. Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
B. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

10. Belit Lucut
• Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat dan mendaki.
• Digunakan semasa turun daripada pokok atau tempat tinggi.
• Dapat dibuka dengan senang. 
A. Lipatkan seutas tali supaya sama panjang kedua-dua hujungnya. Kemudian, mulakan simpul tarik pada batang pokok dengan menarik bahagian A keatas seperti dalam rajah.
B. Seterusnya tarik bahagian B melalui bawah bahagian A.
C. Tarik bahagian A untuk mengemaskan simpul ini untuk membentuk seperti dalam rajah.

11. Simpul Abah-abah
• Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.
• Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat. 
A. Buat satu gelung seperti dalam rajah.
B. Tarik tali bahagian atas melalui gelung.
C. Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.
D. Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat.

12. Lilit Pasdul
• Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga.
• Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah. 
A. Mulakan membuat satu gelung.
B. Ambil kayu sepanjang 60cm yang saiznya sebesar lengan kemudian masukkan seperti dalam rajah.
C. Lakukan simpul ini pada kedua-dua hujung kayu supaya seimbang kiri dan kanan.

13. Lilit Tindih Kejap.
• Digunakan untuk menambat tali yang kecil pada tali besar apabila ditarik songsang.
• Juga digunakan untuk menarik tali besar.

14. Ikatan Pengail
• Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
• Ikatan ini kuat dan kukuh.
• Sesui digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling. 
A. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali seperti dalam rajah.
B. Lakukan 2 lingkaran tali.
C. Pada hujung tali itu boleh diikat seperti dalam rajah.

15. Simpul Kerusi
• Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan ke atas. 
A. Buatkan 2 gelung tali.
B. Kemuadian, tarik kedua-dua bahagian tali.
C. Ikatan seperti dalam rajah akan terbentuk.
D. Seterusnya, bentukkan satu gelung pada setiap hujung tali.
E. Tarik kedua-dua hujung tali untuk mengemaskan ikatan. Satu gelung yang lebih kecil dibentuk untuk memasukkan bahu pesakit.

16. Simpul Simple Noose
• Membuat tanjul yang tidak boleh terjerut.
• Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.
• Boleh digunakan untuk menjerut leher binatang. 
A. Buat satu gelung dan kemudian tarik bahagian tengahnya.
B. Seterusnya, kemaskan simpulan tersebut.

17. Ikat Serong
• Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
• Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering. 
A. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
B. Kemudian belitkan membujur dan melintang.
C. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
D. Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

18. Ikat Seraya.
• Diguanakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat. 
A. Dimulakan dengan simpul manuk.
B. Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
C. Seterusnya dililit dicelah kayu.
D. Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
 
19. Ikat Silang Gunting
• Digunakan untuk menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang bersilang.
• Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang.
• Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat. 
A. Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk.
B. Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat.
C. Belitkan dicelah-celah dengan kuat.
D. Matikan dengan simpul manuk.

20. Ikat Silang Tungku.
• Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz. A. Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkan pada ketiga-tiga batang kayu berselang-selang.
B. Seterusnya masukkan di celah-celah batang kayu.
C. Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu tengah.

21. Lilit Kacang
• Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gadjet. A. Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.
B. Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.

22. Ikat Jepun
• Kegunaannya sama dengan dengan ikat seraya.
• Menyambung 2 jenis kayu. 
A. Kelilingi kayu tengah dan 2 bahagian tali diambil ke atas kayu mendatar.
B. Lilit keliling kayu tegak ke bawah di bahagian hadapan kayu mendatar sebanyak 3 lilitan.
C. Asingkan kedua-dua hujung tali dan lilitkan pada arah bertentangan.
D. Akhirkan ikatan dengan mengikat kedua-dua hujung tali dengan simpul buku sila di antara kayu.

23. Sambat Balik
• Untuk mematikan hujung tali.
A. Pecahkan hujung tali.
B. Kemudian sambat balik bersilang-silang ke belakang. Masukkan setiap hujung urat tali berselang-selang di atas urat yang rapat dengannya dan dibawah lembar yang dihadapannya.
C. Lakukan menyembat balik sehingga 3 kali.


24. Lilit Dua Simpul
• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.
• Mengikat hujung tali khemah pada pancangnya. 
A. Mulakan simpul seperti dalam rajah.
B. Kemudian lakukan 2 lengkungan.
C. Tarik bahagian B untuk mengemaskan simpul.
Dalam aktiviti berkayak ini banyak peralatan yang penting kita gunakan dan yang paling penting ialah kayak itu sendiri,paddle (pendayung), jaket keselamatan dan yang terakhir wisel.




-Bagaimana memilih kayak yang sesuai.
kayak yang kita pilih seharusnya bersesuaian dengan saiz badan kita dan jenis aktiviti yang hendak kita lakukan. Kayak arus deras selalunya pendek (2.86m - 3.7m). Berbentuk bulat dan mempunyai geladak depan dan belakang yang nipis bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan berpusing dengan cepat di arus deras. Kayak yang digunakan di laut pula lebih panjang (4.6m - 5.7m) dan mempunyai geladak yang lebih tinggi untuk memudahkannya bergerak lurus dan meredah ombak.

Kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Sebelum kita berkayak kita mesti tahu nama-nama di setiap bahagian badan kayak.
Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.

Stern (belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.

Deck (bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.

Toggles
toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.

Cockpit (ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.

Coaming
Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.

Seat (tempat duduk)
Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung. 

Footrest (tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan. 

Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.

Keel
jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang  timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.

Hatches (tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.

 ANATOMI PENDAYUNG ( PADDLE)
Sebagaimana kayak, pendayung (paddle) juga mempunyai anatominya sendiri yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakan dayungan. Bahagiannya ialah:


Blade (Bilah mata dayung)
blade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya.
Tip (pelindung mata dayung)
 Tip ailah kepingan LOGAM yang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tiada logam. Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.

Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)
ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung.

Neck (leher Pendayung)
bahagian pencantuman antara blade dan shaft.

Drip Ring (bulatan Getah)
bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Ia berfungsi untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memiliki
Drip Ring.
Front Of Blade (Permukaan Dayung)
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Back of Balde (Belakang Dayung)
bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.

 Bahan Buatan Pendayung
Biasanya bahan untuk membuat Pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ini kerana setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen penting iaitu PRESTASI dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.
Kebanyakannya pendayung ini diperbuat daripada
       kayu
       Playwood (kayu lapis)
       Fibreglass (gantian kaca)
       Carbon/kevlar
       plastic



Jaket keselamatan dan Buoyancy AID merupakan peralatan keselamatan yang paling penting ketika kita berada dalam air mahupun ketika kita membuat aktiviti air. Kita tidak seharusnya membuat AKTIVITI AIR tanpa menggunakan jaket keselamatan kerana ia mungkin akan mendatangkan RISIKO.

Perbezaan Jaket Keselamatan dan Buoyancy Aid.

Kedua-dua peralatan ini mempunyai FUNGSI yang sama. Namun, prestasi dan cara penggunaannya adalah berbeza. Para pendayung seharusnya mengetahui perbezaan ini bagi menentukan bahan apungan keselamatan yang paling ideal bagi setiap aktiviti.

Buoyancy Aid. 
ialah bahan bantuan APUNGAN. Ia berbentuk seperti VEST dan dilengkapi dengan tali pinggang. Bouyancy Aid diperbuat daripada sejenis GETAH kalis air yang lembut. ketika di air, ia akan membuatkan kita terapung secara menegak. Buoyancy Aid ini hanya boleh bertahan dalam jangka masa yang PENDEK.



Jaket Keselamatan
Jaket pula ialah bahan bantuan apungan yang disarungkan ke bahagian badan melalui kepala yang menggunakan bahan apungan LUARAN seperti UDARA ataupun gas. Ketika di air ia boleh mengapungkan kita dalam kedudukan 45 darjah menegak dalam jangka masa 72 jam.